ABOUT-IPEOPLE
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tuan/ Puan,

Kami Syarikat Intellect Group of IP, yang terdiri daripada Intellect Worldwide Sdn Bhd (420974-T), Intellect Trademark Sdn Bhd (1027303-D), Intellect Franchising Sdn Bhd (755193-A) dan Intellect Patent & Innovation Sdn Bhd (860132-W) (yang dirujuk kepada “Intellect”) juga termasuk syarikat induk, bersekutu dan mana-mana wakil syarikat yang dirujuk kepada Akta Syarikat 2016 dari masa ke masa, dan kami peka dengan sebarang perubahan dalam undang-undang dan peraturan. Berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami mengambil langkah dengan mengikut Akta tersebut. Kami dengan ini menerangkan kepada syarikat anda dan/atau anda dengan mengumpul maklumat mengenai maklumat peribadi anda yang mana kami akan memproses dalam sebarang keadaan.

1.1 Data Peribadi yang kami kumpul daripada anda
Apabila Syarikat anda atau anda melantik kami untuk sebarang transaksi/urusan, kami akan meminta Data Peribadi pekerja anda dan/atau Data Peribadi anda yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut (“Data Peribadi”):-
Nama anda, nama pihak bertanggungjawab untuk menandatangani dokumen, nama-nama pengarah yang terkandung dalam senarai Borang 49, nama pencipta dan penulis, nama pemegang saham, dan nama mana-mana pihak yang terlibat, nombor kad pengenalan, nombor paspot, alamat pos, nombor telefon dan faks, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, tarikh lahir, kewarganegaraan, apa jua maklumat syarikat anda, pekerja anda dan/atau anda yang diberikan kepada Intellect dari masa ke masa.

1.2 Bagaimana kami mengumpul Data Peribadi anda
Intellect menggumpul data anda daripada banyak sumber dan bahagian yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

  • Maklumat diberikan oleh anda sendiri
  • daripada komunikasi melalui perjumpaan atau elektronik dengan kami atau dokumen diberikan kepada kami sebelum ini atau semasa waktu perjumpaan dengan anda;
  • semasa mesyuarat atau temuduga dengan kami;
  • daripada laporan pencarian dibuat di badan kerajaan atau agensi tertentu;
  • mana-mana Data Peribadi diambil daripada mana-mana dokumen awam termasuk laporan pencarian, borang permohonan, perjanjian, serahan hak, surat kuasa, surat akuan, surat lahir, cap dagangan, paten, atau sijil rekabentuk; kad nama;
  • daripada invidu yang berkaitan dengan firma kami
  • daripada rakan perniagaan atau agen kami;
  • borang permohonan atau borang lain; dan
  • daripada laman web atau sumber elektronik yang lain;
  • daripada expo dan/atau sesi perjumpaan antara kumpulan peniaga-peniaga;

1.3 Tujuan Pemprosesan
Intellect akan memproses Data Peribadi anda atau pekerja anda bagi tujuan perniagaan dan perkhidmatan yang diberikan oleh Intellect yang termasuk dan tidak terhad kepada:-

  • Pencarian harta intelek, permohonan, pendaftaran, pendakwaan, pembaharuan, serahan hak dan lain-lain perkhidmatan di Malaysia dan luar negara;
  • Mengemaskini dan menguruskan kesahihan rekod dalam Intellect;
  • Penjualan silang, pemasaran dan promosi;
  • Komunikasi dan memastikan kepuasan pelanggan, dengan termasuk membuat soal selidik untuk memastikan kualiti perkhidmatan, membalas kepada pertanyaan dan aduan;
  • Perkhidmatan Francais, perlesenan dan jenama;
  • Mengendalikan pemeriksaan bagi kredit/perniagaan dan yang mana sesuai melalui CTOS;
  • Untuk tujuan lain dimana Intellect menggangap ianya sesuai.

1.4 Kepada siapa kami berikan Data Peribadi anda
Apabila memproses Data Peribadi, Intellect mungkin memberikan data tersebut kepada individu/organisasi/ pihak berkuasa seperti dibawah:-

  • Mana-mana ahli dan pekerja Intellect dalam situasi perlu tahu;
  • Jabatan yang berkaitan atau pihak berkuasa termasuk kerajaan, kuasa-kerajaan dan pihak berkuasa undang-undang, bank, pesuruhjaya sumpah, notari awam, duta, institusi kewangan dan mana-mana badan atau pihak berkuasa bagi tujuan dan/atau menjalankan dan atau persiapan dan perkara/tansaksi/urusan berkaitan IP;
  • Mana-mana badan kalau perlu untuk berbuat demikian dibawah undang-undang atau atas kepercayaan, kalau tindakan tersebut perlu bagi (i) Mengikut keperluan mana-mana agensi perlaksanaan undang-undang, arahan mahkamah atau proses undang-undang; atau (ii) melindungi dan mempertahankan keadilan atau harta intelek firma anda, kakitangan dan sekutu yang berkaitan;
  • Peguam cara yang lain dan/atau peguam, juruaudit, pakar runding, pengurus bank, agen bagi memudahkan tujuan dan/atau melakukan dan/atau menyiapkan mana-mana kerja yang memerlukan ketelitian atau perkara undang-undang/transaksi/urusan;
  • Rakan perniagaan kami, rakan sekutu dan pihak ketiga bagi memudahkan tujuan dan/atau melakukan dan/atau menyiapkan perkhidmatan kami dan mengemukakan kepada anda;
  • Kami juga mungkin memindahkan Data Peribadi anda diluar Malaysia apabila menjalankan bagi apa-apa tujuan disenaraikan dalam notis ini;
  • Mana-mana invidu lain atau badan yang memberikan perkhidmatan yang perlu dan yang berkaitan dengan perniagaan kami, bila perlu;
  • CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), adalah agensi yang melaporkan kredit yang berdaftar dibawah Akta CRA, dimana kita mempunyai hubungan perniagaan dengan anda atau bayaran yang belum diselesaikan atau mengendalikan pemeriksaan bagi kredit/ akaun, memantau atau menilai atau melangsaikan hutang;
  • Organisasi swasta yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada rakan perniagaan kami, penterjemah dari luar syarikat, pereka bentuk dan/atau percetakan yang perlu bagi menyiapkan perkara ini.

1.5 Emel dan laman web

  • Sebarang Data Peribadi yang terkandung di dalam emel dan mesej “Hubungi Kami” yang dihantar melalui Laman Web Syarikat anda akan digunakan dan diproses mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Kandungan mesej-mesej tersebut akan dikawal ketat oleh Intellect.
  • Jika Syarikat anda tidak inginkan Data Peribadi Syarikat anda dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, sila konfigurasikan internet Syarikat anda untuk memadamkan atau menyahaktifkan “cookies”.
  • Laman Web Intellect mungkin mengandungi sambungan ke laman web dan laman-laman lain. Intellect tidak bertanggungjawab bagi apa-apa Data Peribadi atau maklumat yang Syarikat anda berikan kepada entiti lain melalui sambungan-sambungan tersebut.

1.6 Peruntukan Data Peribadi
Data Peribadi mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses oleh bidang kuasa selain daripada Malaysia. Anda memahami dan bersetuju untuk memindahkan data anda di luar Malaysia seperti disenaraikan dalam notis ini.

Ini tidak wajib untuk anda untuk memberikan semua Data Peribadi yang diminta oleh pihak kami. Walaubagaimanapun, Data Peribadi tertentu mungkin diperlukan oleh pihak kami dan kegagalan anda untuk memberikan Data Peribadi anda akan mengakibatkan kami tidak dapat menyiapkan permintaan anda.

Anda boleh memberikan, membetulkan atau memadamkan Data Peribadi anda atau menghadkan proses pada masa tersebut atau pada bila-bila masa. Sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi boleh diminta kepada Intellect melalui e-mel kepada pegawai pematuhan kami, Ms Sharon Neoh melalui sharonneoh@intellect-worldwide.com.

1.7 Persetujuan Anda
Dengan memberikan Data Peribadi, kami menganggap anda dan syarikat anda bersetuju dan/atau telah menerima persetujuan daripada kakitangan yang bertanggungjawab dan persetujuan daripada pihak yang berkaitan yang disebutkan dalam fasal 1.1. diatas, persetujuan Intellect bagi memproses/memberikan atau menggunakan mana-mana Data Peribadi yang diberikan kami menyimpan data anda di dalam Malaysia atau di luar Malaysia bagi tujuan yang disenaraikan dalam notis ini termasuk menghubungi anda atau pihak yang berkaitan melalui surat, e-mel , pesanan ringkas, mesej bergerak dengan campuran platform melalui telefon bimbit (eg. WhatsApp), telefon, faks atau komunikasi melalui saluran yang lain.

Intellect mungkin mengubahsuai atau mengemaskini Notis ini dari masa ke masa jika berlaku sebarang perubahan dalam kerahsiaannya. Dalam sebarang situasi, versi yang dikemaskini akan mengubah Notis ini.

Kami percaya bahawa anda telah memberi persetujuan dan bersetuju untuk Intellect Group of IP Companies bagi terus menggunakan Data Peribadi dengan mematuhi Notis ini dan sekiranya anda TIDAK bersetuju dengan Notis ini, sila menghubungi pegawai pematuhan kami.

*Notis ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Di dalam keadaan mana terdapat ketidakseragaman, versi Bahasa Inggeris Notis ini akan digunapakai sebagai dokumen pertama.